14 Jun, 2012

SEDIKIT MASA .... bersama menuju kebaikan


























Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? padahal kita tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah..

Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?

Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak?? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Tiada ulasan: