SUNNAH KETIKA MINUM
1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum.
(Khasail Nabawi)
2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan.
(Tirmizi)
3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun.
(Bukhari)
4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya.
(Abu Daud)
5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri.
(Zaadul Maad)
6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam.
(Tirmizi)
7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.
8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum.
(Tirmizi)
9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil.
(Abu Daud)
10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah.
(Abu Daud)
11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak.
(Bukhari & Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan