4hb Jun 2012 , Isnin akan berlakunya Gerhana Bulan , pada Jam 7:15 malam , justeru masjid-masjid dan surau mari kita sama-sama dirikannya esok , 2 Rakaat empat rukuk dan di lengkapkan dengan khutbah. Justeru sama-sama kita perbanyakkan Istighfar , taubat dan bersedeqah dengan berlakunya peristiwa ini , yang menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t
Doa moga tidak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini,
NAMUN JANGAN KAITKAN DENGAN PERKARA SIAL , CELAKA TERHADAP PERISTIWA INI,
Semuanya hanyalah kebetulan semata-mata tidak ada kena mengena , sebagai contoh zaman Rasulullah S.A.W berlakunya kematian putera baginda Ibrahim , namun ini hanyalah kebetulan sahaja , Serta hentikan perkara-perkara khurafat seperti mengetuk pohon yang tidak berbuah , untuk minta berbuah , menadah dulang dan lain-lain .
Insya'allah moga-moga kita rebut peluang dirikan solat sunat HUKUMNYA SUNAT MUAQQAD ini.(SUNAT YANG DI TUNTUT).
KRONOLOGI GERHANA SEPARA BULAN
Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M bersamaan 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 18:00 (6.00 ptg)
Pertengahan Gerhana : 19:03 (7.03 mlm)
Mula Dapat Dilihat : 19:15 (7.15 mlm)
Akhir Gerhana : 20:06 (8.06 mlm)
Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang umbra pada jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang umbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara Melaka). Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap. Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama. Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam 20:06, maka berakhir gerhana separa. Gerhana berakhir sepenuhnya apabila Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik selesai solat maghrib.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa dikabarkan dari Rasulullah saw., bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Matahari dan Bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solat.
Sahih Muslim [Bahasa Arab saja :1521]
Sumber :
Bahagian Falak SyarieJabatan Mufti Negeri Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan