Kenapa sehingga kini kita masih susah?
Kerana dengan susah itu kamu sentiasa mengingati Allah...
Lalu bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Teruskan usaha. Kita hanya berusaha, Allah jualah yang akan menentukan segalanya.
Adakah keadaan ini akan berterusan?
Lebih baik ia berterusan andainya dengan cara itu kamu akan lebih dekat dengan Allah. Jika sebaliknya, InsyaAllah ia akan berakhir suatu masa nanti dan teruskan mengingati Allah.
Adakah kesenagan itu salah?
Ia tidak salah, cuma Allah lebih tahu yang terbaik untuk kamu.
Kenapa pilih saya untuk susah sedangkan orang lain senang?
Senang di dunia, belum tentu senang di akhirat, susah di dunia, belum tentu susah di akhirat. Allah memilih sesiapa sahaja yang disukai kerana kita adalah milik-Nya. Apa yang Allah tetapkan untuk kita sebenarnya itulah yang terbaik. Cuma kita belum nampak jalan keluar.
Susahlah macam ni.
Lihat orang yang lebih susah, jangan lihat orang yang lebih senang. Kesenangan bukan bererti bahagia, kesusahan bukan bermaksud sengsara. Samada orang susah atau senang, kedua-duanya mahukan kebahagiaan. Maka carilah kebahagiaan. Ia terletak di hati.
Bagaimana caranya?
Belajar, faham, amal dan sampaikan kepada orang lain. Hanya dengan ilmu kita boleh mengubah cara berfikir dan menjadi insan beriman serta bertaqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan