29 November, 2012

LIDAH BERBICARA .... luahan jiwa lara seorang ayah

......kita semua mempunyai seorang ayah yg mungkin sedang meniti hari-hari tuanya bersendiri.....jangan sekali-kali kita abaikan kebajikan dia........di sini dipaparkan sebuah syair untuk tatapan semua pengunjung blog.......baca....jangan tak baca......!!

SYAIR DI HATI SEORANG AYAH...

Berlaku sebuah kisah di zaman Rasulullah s.a.w. Apabila datang seorang pemuda mengadu kepa
da Rasulullah s.a.w tentang bapanya yang telah mencuri hartanya... dan Rasulullah s.a.w memerintahkan agar bapa pemuda itu di bawa kepadanya.

Seraya ketika itu datang Malaikat Jibril menemui Rasulullah s.a.w dan berkata," Wahai Muhammad, Tuhanmu mengucapkan salam kepadamu dan
berfirman. 'Jika bapa pemuda itu tiba maka tanyakanlah kepadanya apa yang telah diucapkan di dalam hatinya yang tidak terdengar oleh kedua-dua telinganya.'... lantas jibrail pun berlalu...

Kemudian tibalah pemuda dan bapanya tadi... dan Rasulullah s.a.w bertanyakan apa yang telah Allah firmankan. Maka jawab si bapa "Demi Allah Wahai Rasulullah, Allah semakin membuatkan aku lebih yakin kepadamu. Aku memang telah mengucapkan sesuatu dalam hatiku yang tidak didengari oleh kedua-dua telingaku."

KETIKA ENGKAU LAHIR AKU MEMBERI MU MAKAN
HINGGA ENGKAU TUMBUH DEWASA
AKU SELALU MENJAGAMU
ENGKAU DEBERI MINUM DARIPADA JERIT PAYAHKU.

JIKA MALAM HARI ENGKAU DITIMPA SAKIT
MAKA, SEPANJANG MALAM AKU TIDAK TIDUR
BERJAGA MEMIKIRKAN PENYAKITMU
HINGGA TUBUHKU TIDAK BERMAYA KERANA MENGANTUK.

SEAKAN-AKAN AKU YANG SAKIT, BUKAN KAU
AIR MATAKU MENGALIR DERAS
DAN JIWAKU BIMBANG KAU AKAN MATI
PADAHAL DIA TAHU, BAHAWA AJAL AKANTIBA SESUAI MASANYA.

SAAT ENGKAU MENCAPAI USIA DEWASA
SAAT DI MANA AKU MENGHARAPKAN DIRIMU
KAU BALAS DIRIKU DENGAN KEKEJAMAN DAN KEKERASAN.

SEAKAN-AKAN ENGKAU MEMBERI NIKMAT DAN DERMAWAN
ANDAI SAJA KETIKA TIDAK DAPAT KAU PENIHI HAKKU SEBAGAI AYAH
KAU PERLAKUKAN AKU SEBAGAI TETANGGA
YANG HIDUP BERDAMPINGAN.

Tiada ulasan: