23 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA ...Masjid Al-Aqsa

Gambar ini bagi memberi gambaran sebenar Masjid Al-Aqsa. Kawasan dalam petak merah tersebut diiktiraf sebagai 
Al-Aqsa. Semoga membantu kefahaman kita semua.

             Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
            
             Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
             i. Masjidil Haram di Mekah
            ii. Masjid Nabi di Madinah
           iii. Masjidil al-Aqsa di Palestin.
             Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
             i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
            ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
           iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.

Tiada ulasan: