Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya masuk syurga."
(HR : Muslim)
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Qur'an seperti mana berikut::
"Sesungguhnya orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhan mereka." (al-Anfal.:2)
"Wahai orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya." (al-Ahzab:41).
"...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzab:35).
Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam kalangan orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan