YA ALLAH....JANGANLAH KAU JADIKAN KAMI....MISKIN JIWA.... KOSONG JIWA......
Apabila otak sahaja yang diperkaya deangan ilmu pengetahuan tetapi jiwa ( hati) dibiarkan kosong dari pegangan agama, maka godaan syaitan serta dorongan nafsu akan menggerakkan tangan menciptakan alat-alat yang membawa kemusnahan hidup. Kerosakan bumi ini berlaku apabila manusia terlalu mementingkan dirinya sendiri hinggasanggup mengenepikan kepentingan orang lain dan seluruh penghuni bumi. Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم
بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُون (7
Maksudnya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan