20 Mei, 2012

ANTARA DUA DERAJAT ... miskin VS kaya

KEKURANGAN ORANG KAYA DAN KELEBIHAN ORANG MISKIN.

Diriwayatkan dari Sa'id bin Aiman,seorang hamba yang telah dimerdekan oleh Ka'ab bin Sur. Pada saat Rasulullah SAW bebicara kepada para sahabat,tiba-tiba datang seorang lelaki miskin dan duduk di samping seorang lelaki kaya. Orang kaya tersebut seketika itu pula menarik kain bajunya agar tidak tersentuh oleh si orang miskin yang duduk di sampingnya.

Melihat perangai orang kaya yang sombong itu, wajah Raslullah SAW nampak berubah dan dengan marah baginda berkata "Apakah kamu takut apabila kekayaanmu itu berpindah kepadanya, atau kamu khuatir bila kemiskinannya itu menular kepadamu?"

"Wahai Rasulullah,begitu burukkah kekayaan itu?" tanya si lelaki kaya itu kepada baginda.

"Benar, kekayaanmu itu akan membawamu ke neraka dan kemiskinannya itu akan membawanya ke syurga", jawab baginda.

"Sekarang, apakah yang dapat menyelamatkanku dari keadaan yang sedemikian itu?' tanya lelaki kaya tersebut kepada Nabi SAW.

"Kamu harus membantunya dengan hartamu itu," kata baginda kepadanya.

"Apabila sekadar itu saja, aku akan melakukannya, jawab lelaki kaya tersebut kepada Nabi SAW. Lalu ia mengumpulkan hartanya untuk diberikan kepada orang miskin itu. Tetapi orang miskin itu tidak mahu menerimanya.

"Aku tidak memerlukannya," kata orang miskin itu.

"Kalau begitu, mohonkanlah ampunan atas saudaramu yang kaya itu dan diakanlah dia," Kata Nabi SAW kepada orang miskin itu.

Tiada ulasan: