09 November, 2011

MENCARI KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN

Jadikanlah diri ini sebagai insan yang sentiasa mencari kesederhanaan dalam melakari kehidupan yang penuh cabaran dan godaan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.  

<> Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.

<> Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

<> Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.

<> Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut. (rujuk surah al-Furqan:67)

Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-hadith

Tiada ulasan: