26 Oktober, 2011

TERJAGA DI 1/3 MALAM >>> Nak Buat Apa?

KALAU kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Sebenarnya, Allah s.w.t. mengirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada-NYA. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mohonlah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa lakukan apa-apa (contoh : bertahajjud, beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”
BAGI MEREKA YANG TIDAK BERUPAYA 
Menghidupkan Malam
Cuba renung-renungkan hadis di bawah ini.

Dari Abdullah r.a katanya :

Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: 
" Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya."
( HR : al-Bukhari)

Di sebalik tirai :
Tirai 1 :
Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
                                         Tirai 2 :
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Tirai 3 :
Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Tiada ulasan: