20 Oktober, 2011

KHULUK >>> Tebus Talak

<<< Tebus talak demi kekasih >>>

Pengertian Khuluk


1. Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran)
kepada suami.
Cara ini juga dipanggil tebus talak.

2. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

3. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
" Tidak halal bagi kamu mengambil apa­apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
juapun kecuali jika takut keduanya bahawa tiada alcan menurut peraturan Allah. Jika kamu
takut bahawa tiada akan men urut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya
tentang barang yang jadi tebusan perempuan itu."
( Al-Baqarah : 229 )

Rukun Khuluk
1. Suami
2. Isteri
3. Bayaran yg dipersetujui
4. Lafaz

Cara Khuluk (tebus talak).

1. Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.

2. Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.

3. Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.

4. Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.

5. Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.

6. Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.

7. Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.

Hikmah Khuluk

1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.

2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.

3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

** PERHATIAN : Segala kandungan dalam nukilan ini adalah usaha carian secara individu. Oleh itu disarankan para pembaca digalakkan membuat rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar dan para ilmuan agama di kawasan masing-masing. **

Tiada ulasan: