RAMADHAN ...jauhi amalan membazir
Ramadhan ialah bulan yang mulia, Allah melarang umat Islam membazir , bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan yang lain. Tetapi disebabkan godaan nafsu yang kuat bulan puasa ini, dikatakan bulan yang mencabar terhadap konsep puasa itu sendiri. Ramai antara kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Manakala nafsu manusia memain peranan merangsang keinginan dalam belanja seharian terutama bulan puasa. Membazir ialah amalan syaitan.
Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 26 dan 27:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan