24 Julai, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

Rasanya inilah kali pertama my SON pandu kereta dan kami sebagai penumpang. Rasa gementar ada, takut pun ada, tapi semuanya OK dan sampai rumah jam 6.00 petang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memperkenankan doa kami agar selamat pergi dan selamat kembali. 
Diriwayatkan daripada Jabir r.a: 
" Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."
(Al-Bukhari)

Tiada ulasan: