Sentiasa dibaca mencari ketenangan jiwa untuk menghadap Allah SWT. |
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). "
Pengalaman membaca al-Quran di Masjidil Haram amat mengharukan, perasaan ketika itu rasa gementar menyebut kalimah-kalimah Allah. Titisan air mata membasahi pipi menyejukkan suasana yang sunyi sepi ketika itu.
Anda pula bagaimana, JOM !!! Ceritakan kepada yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan