20 Julai, 2011

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 5

5.  Bertaubat dan Beristighfar
     Dugaan dan rintangan hidup yang ditimpakan Allah ke atas hamba-Nya kadangkala merupakan amaran terhadap dosa yang telah dilakukan. Oleh itu, Allah yang Maha Pengasih memerintahkan agar manusia sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Taubat yang lahir daripada hati yang ikhlas dan benar-benar mengharapkan keampunan Allah dan petunjuk-Nya dalam menghadapi rintangan dan kesulitan. Istighfar bertindak sebagai penawar gundah gulana dan mencairkan perasaan yang negatif dalam usaha memohon keampunan kepada Allah.

Tiada ulasan: