05 Julai, 2011

DESTINASI ROH ... selepas mati

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T. :
Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
KE MANA PERGINYA ROH ...
1. Roh para NABI dan RASUL :
    Ditempatkan di dalam syurga Addin.
2. Roh para SYUHADA' di medan perang :
    Ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan rohnya berada di dalam 
    tubuh burung hijau berterbangan bebas di dalam syurga.
3. Roh ANAK KECIL ISLAM :
    Ditempatkan di dalam syurga dan rohnya berada dalam tubuh burung 
    pipit yang berterbangan.
4. Roh ANAK KECIL MUSYRIK :
    Rohnya berputar-putar di dalam syurga tiada tempat sehingga hari kiamat.
5. Roh MUKMIN BERHUTANG dan MENGANIAYA ORANG :
    Rohnya digantung di angkasa antara langit dan bumi, tidak sampai 
    ke syurga dan tidak juga sampai ke langit.
6. Roh MUKMIN YANG BERDOSA :
    Rohnya diazab dalam kubur berserta tubuhnya.
7. ROH KAFIR & MUNAFIK :
    Rohnya berada dalam penjara neraka JAHANNAM.

Tiada ulasan: