JUMAAT terakhir 2011, bakal melangkah tahun baru 2012, mohon Allah swt permudahkan segala usaha, dipermudahkan cara, diringankan rintangan, berjaya dunia dan akhirat.. sahabat aminkan doa ini :
Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa Hati-hati ini, berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia, untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini ,Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini,Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini, Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati , Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran, Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini , Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan