02 November, 2011

JIHAD <> maknanya di sisi Al-Quran

PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan. Kecuali AtTaubah semua surah bermula dengan Basmallah yang menjulang dua asma (nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

Allah memerintah Muslim mengerjakan amar maaruf nahi munkar (mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka Islam menampilkan konsep 'jihad'. 

Jihad berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). Dalam Al-Quran, pengertian jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa yang mengarah kepada damai dan selamat.
Jadi, bagaimanakah jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? 
Di dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau pengganasan sebagai strategi umat Islam.
Sumber : http://www.rrg.sg/edisi/data/JIHAD%20MENURUT%20AL%20Quran.pdf


Tiada ulasan: