03 November, 2011

IBADAH KORBAN <> Hukumnya

>>> Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah korban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurangkurangnya sekali seumur hidup.

>>> Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
>>> Hukum korban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan korban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
>>> Daging korban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya korban
dan tanggungannya.

Tiada ulasan: