“Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”.
Rasulullah SAW menjawab :
“Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”
(HR Muslim)
HURAIAN :
(HR Muslim)
HURAIAN :
1. Orang yang sedang musafir dalam bulan Ramadhan, dibenarkan meneruskan puasa dan yang tidak tahan berpuasa mereka dibenarkan berbuka tetapi diwajibkan mengqadha’nya pada masa yang lain.
2. Islam adalah agama yang mementingkan kebajikan penganutnya. Ia memberi kemudahan (rukhsah) kepada sesiapa yang sedang sakit atau di dalam perjalanan (musafir), tidak berkemampuan dan sebagainya. Sama sekali tidak terdapat paksaan hingga mendatangkan kemudaratan. Oleh itu kita disuruh agar mengerjakan suruhan Allah dengan penuh keikhlasan, keyakinan dan ketaatan bahawa setiap segala perintah Allah itu mengandungi kebaikan dan hikmah yang tersendiri sama ada yang diketahui atau tidak oleh manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan