08 September, 2011

Keabadian Islam

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

HURAIAN :

1. Islam berdiri di atas tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Secara ringkasnya, iman adalah berkaitan dengan kepercayaan seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

2. Rasullullah mendifinisikan Islam dengan takrif (difinisi) yang bermacam-macam sebagai mengingatkan pentingnya bagian-bahagian tersebut di mana aqidah adalah tercermin dalam pelaksanaan rukun iman dan ibadah pula tercermin dalam pelaksanaan rukun Islam. Oleh itu sesiapa yang melanggar mana-mana rukun ini bererti ia telah meruntuhkan agama yang dianutinya. 

3. Islam adalah ajaran yang integral (lengkap) di mana ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam tidak akan pernah hilang dari permukaan bumi dan tidak akan pernah berganti kerana Allah sendiri yang berjanji akan menjaga kesempurnaan ajaran ini.

Tiada ulasan: