31 Julai, 2011

ISTIMEWA RAMADHAN ... Berpuasa

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. 
Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

PUASA ... keLEBIHan & keSEMPURNAan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

AHAD ... JOM!!! PUASA

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : 
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan 
    perkara-perkara yang membatalkan puasa 
    mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam 
    matahari.
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada 
    bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya 
    hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula 
    pengisytiharan bermulanya puasa oleh 
    pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan 
    Syawal adalah berpandukan kepada 
    anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada 
    dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan 
    kepada umatnya untuk menentukan 
    tarikh puasa dan juga hari raya dengan 
    mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua 
    kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan 
    kegembiraan ketika menemui Allah di 
    hari akhirat kelak.

30 Julai, 2011

RAMADHAN ... Gamit Perasaan

MASA berlalu pantas meninggalkan kita sehingga tidak terasa Ramadan menjelang lagi dengan cabaran baru bakal ditempuhi setiap Muslim. Sunnatullah terhadap masa yang berlalu dan bakal mendatang akan terus dirasai sehinggalah tibanya hari penentuan. Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.

Sabda Nabi SAW bermaksud : 
 (Al-Hadis).
Allah juga menyebut mengenai iman pada permulaan ayat puasa dalam firman bermaksud :
Ibadat puasa dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi menyahut seruan Allah serta menuntut keredaan-Nya menunjukkan keimanan seseorang. Hadis menyebut ibadat semua anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa kerana puasa adalah untuk Allah dan Allah melipatgandakan pahala mengikut kehendak-Nya.
Pembersihan jiwa serta pencetus amalan kebaikan wujud melalui ibadat puasa yang dilakukan bersungguh-sungguh.

Sabda Baginda SAW bermaksud :
Jelaslah jiwa bersih daripada dosa akan melahirkan amalan baik dan mulia. Doa berterusan pada Ramadan amat digalakkan Allah sehingga ada ayat menyebut mengenai doa disusun selepas datangnya ayat puasa. 

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 6

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 5

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 4

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 3

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 2

SEDEKAH ... Adab-adab dan Aturan 1

29 Julai, 2011

ALAM GHAIB ... Perihal Jin Anjing

Memang kita selalu lihat anjing dan anjing tu banyak pulak panggilannya :
1.  Anjing Gila
2.  Anjing Kurap
3.  Kelabu Tahi Anjing
4.  Sedara Anjing
5.  Anjing Dengan Bayang-bayang
6.  Anjing Menyalak Bukit

KARAKTER ... Sahabat Rasulullah s.a.w.

Anda sedia maklum, para sahabat Rasulullah s.a.w. digelar dengan gelaran tertentu. Gelaran ini diberikan bersesuaian dengan nilai yang dipegang oleh mereka sehingga menjadikan mereka dikenali dan digeruni oleh para sahabat sendiri atau musuh-musuh Islam.
            Bermula daripada sistem keyakinan, pandangan hidup, nilai dan sikap, membentuk karakter atau personaliti para sahabat. Itulah nilai yang mereka pegang dengan utuh selama mereka hidup di bumi ALLAH. Nilai inilah yang menentukan apa yang kita semua rasa dan yakin sebagai terbaik dan amat benar dalam hidup.
APA LAGI, JOM !!! Kita contohi teladang generasi terULUNG, para sahabat Nabi.
Mereka tahu ISLAM itu IZZAH kerana mereka menilai sesuatu berdasarkan pandangan ALLAH.
Semoga kita dijadikan oleh ALLAH golongan yang mempunyai nilai sehingga tidak mudah terikut-ikut dengan BUDAYA yang TIDAK DIRESTUI oleh Allah s.w.t.
Wassalam.

28 Julai, 2011

MALU untuk Menjauhi Majlis Ilmu

Malu yang dianjurkan adalah malu melarikan diri daripada majlis ilmu. Ini sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Ibn Hajar menjelaskan bahawa lelaki kedua itu malu untuk pergi meninggalkan majlis ilmu seperti yang dilakukan oleh rakannya yang ketiga. Akibatnya, Allah malu terhadapnya iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya.Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu.

Adakah anda seperti lelaki keTIGA?
Adakah anda seperti lelaki keDUA?
Adakah anda seperti lelaki PERTAMA?
JOM!!! Pilih yang mana SATU.

TERLUPA ...Muhasabah Diri Ini

JANGAN sekali-kali kita terlupa bahawa kita pernah berAKU JANJI dengan-NYA.
Kita pernah "MENANDATANGANI" satu kontrak dengan-NYA.
Itulah kesaksian TAUHID.
Jika kita selalu ingat "AKU JANJI" dan "KONTRAK" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari keREDHAan Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada pasang surutnya.

27 Julai, 2011

PERIKSA AMALAN ... Bertemu ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata: Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya."

(HR Ibnu Majah)

1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka 
    menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika 
    kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-
    mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan 
    diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk 
    mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya 
    bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi 
    satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang 
    melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu 
    ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin 
    diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, 
    mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan 
    yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. 
    Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya 
    itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-7


8. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
  • Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
  • Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
  • Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Sifat manusia memang suka MENUNJUK-NUNJUK kepada orang lain.
Selalulah BERSYUKUR dengan apa yang kita ada, insyaAllah diri kita akan terpelihara daripada sifat tersebut.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-6


7. Bakhil (kedekut)
  • Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
  • Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. 
  • Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
Sifat BAKHIL  tidak patut ada dalam diri kita.
Jadilah manusia yang PEMURAH.
InsyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-5


6. Hasad (dengki)
  • Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
  • Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
  • Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Jika diri anda pernah menaruh HASAD kepada orang lain, cuba ceritakan bagaimana perasaan anda ketika itu.
JOM !!! Cerita kat sini, kita boleh kongsi sama-sama.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-4


5. ‘Ujub (bangga diri)
  • Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. 
  • Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Adakah anda seorang yang HEBAT ?
JOM !!! Ceritakan kehebatan anda kepada kami.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-3


4. Takabbur (sombong)
  • Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
  • Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. 
  • Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
Kongsi pengalaman anda ketika berhadapan manusia yang sombong.
Bagaimana perasaan anda ketika itu?
JOM !!! Ceritakan pengalaman anda.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-2


3. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
  • Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
  • Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
  • Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. 
  • Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
DUNIA  +  AKHIRAT  = Kebahagian untuk dunia dan akhirat. 

PERIKSA AMALAN ... Langit Pertama


2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
  • Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
  • Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
Tak perlu banyak bercakap, buat kerja yang lebih. 
Khuatir akan menjurus kepada mengumpat orang lain.
JOM !!! Kita kongsi pengalaman kalau kita pernah banyak cakap, adakah kita termengumpat orang lain.

sifat MAZMUMAH ... tertolak amalan


1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
  • Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
  • Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
  • Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
Bagaimana tabiat makan anda? 
Hanya anda seorang yang tahu. 
Nak kongsi pengalaman anda ketika makan !!! JOM, Kita ceritakan diam-diam supaya orang lain tak tau.

26 Julai, 2011

jom PUASA !!! ... mungkin ISNIN

Carilah
Rebutlah       Kelebihan dan Kebesaran Bulan Ramadhan
Ambillah

BIL ELEKTRIK TERLAMPAU ... TNB cekik darah

Memang la UNTUNG .... cuba perhatikan BIL ELEKTRIK rumah kediaman di bawah ini. Itulah bila dah pandai sangat UNTUNG kata RUGI. Jangan TIPU orang kampung.
Bayangkan bil kegunaan rumah kediaman sebegitu banyak, sedangkan setiap bulan tak sampai RM60.00. Tetiba bulan JULAI jadi 130% . INI DAH MELAMPAU KAU NAJIB .... CUKUP-CUKUPLAH KAU PERAH ORANG KAMPUNG TANGGUNG KENAIKAN HARGA BARANG .... KALI INI ELEKTRIK, BESOK NTAH APA LAGI YANG KAU NAK NAIKKAN !!!!!!

UJI KEMAMPUAN ... setelah lama belajar

Biasanya setelah diajar beberapa lama, maka tiba masanya pelajar akan diuji kemampuan untuk menentukan tahap pencapaian dalam mata pelajaran tertentu. Ini satu sesi ujian UPPM 3 (Percubaan UPSR 2011) murid-murid SK BUkit Kuari.
Bagaimana pula dengan murid-murid anda jika anda sebagai seorang guru. JOM !!! Cerita sikit.

SENAMROBIK ... sihat & cergas & cerdas

Aktiviti senamrobik murid-murid SK Bukit Kuari agar menjadi murid yang sihat, cergas dan sihat. Agar menjadi pelajar cemerlang peneraju negara.
Jika anda sebagai seorang GURU, kongsi pengalaman cara menjadikan pelajar kita cergas dan sihat. JOM !!! Kita ceritakan......

JALAN-JALAN ... makan angin 4

Jalan-jalan bersama keluarga mempersiapkan anak ke-2 untuk mendaftar di UTM Skudai pada 4 September 2011 akan datang. Sempat juga singgah di Restoran RasaMas di Bee Pee Mall.
Pengalaman anda menguruskan anak-anak masuk U, cuba kongsi pengalaman anda. JOM !!! Kita kongsi pengalaman.