25 Jun, 2011

KHURAFAT ... ketika haji





-: Perkara KHURAFAT dalam haji yang merosakkan AQIDAH dan WAJIB dijauhi :-
1.   Mengambil kain kelambu kaabah, KONON untuk pelaris jualan.
2.   Mengerat tali khemah di Padang Arafah secara mencuri,  KONON mengelakkan anak kecil daripada menangis, melariskan jualan dan perbanyakkan tangkapan ikan.
3.   Mengambil pasir Padang Arafah, KONON untuk dipijakkan tapak kaki  bagi kanak-kanak yang mula mahu berjalan, dapat jejak kaki ke Arafah, menjadi orang terkenal, dan menghindarkan daripada penyakit serta gagah berani.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan." Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? " Baginda berkata: " Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina."
(Hadith riwayat Muslim)



4.   Sijil, KONON mendapatkan sijil daripada syeikhdi Makkah yang mengesahkan hajinya dan menukar nama.
5.   Kain putih sebagai alas, KONON dibawa balik untuk dijadikan kain kapan untuk meringankan siksa kubur.
6.   Kerak nasi di Mina, KONON mengambil kerak nasi di Mina, lalu dikeringkan kemudian dibawa balik ke tanah air untuk dijadikan pelaris perniagaan.
7.   Peluk tiang jin di Masjidil Haram, KONON melanjutkan umur dan meminta kaya-raya.
8.   Tanam 7 biji batu di bumi Arafah, KONON tutup 7 pintu neraka dan bersaksi dengan batu di hari kiamat.
9.   Bergantung di kelambu kaabah, KONON memohon hajat dari kaabah, bukannya daripada Allah.
10. Meletakkan duit di bawah kelambu kaabah, KONON selepas tawaf duit tersebut diambil balik untuk dijadikan ibu duit sebagai pelaris.
11. Membawa kismis semasa tawaf/menjemur nasi di Arafah, KONON apabila balik rendam nasi dengan air zam-zam dan dimakan nasi yang direndam dengan air zam-zamnya sekali diberi kepada sesiapa sahaja - sebagai penerang hati.
12. Ketika berangkat ke tanah suci ditulis pada kertas kalimah :

ditinggalkan pada keluarga
dan 
dibawa ke tanah suci
KONON supaya jemaah haji tidak meninggal di tanah suci.
13. Memakai tangkal dan azimat, KONON untuk dijauhkan bala dan mengharapkan selamat.
14. Mengambil bomoh untuk menolak bala di rumah, KONON untuk memulakan perjalanan. Membawa air 7 telaga untuk dibawa tawaf supaya jadi ubat.

Tiada ulasan: