09 Julai, 2013

dengannya RAMADHAN .... matlamatnya

Matlamat puasa Ramadan.

Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." 
(Al Baqarah: 183)

dengannya RAMADHAN .... niat

Niat Puasa Ramadan - Jom Ulangkaji

Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sebulan itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada SETIAP MALAM. Ada pun niat puasa sebulan itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu 'alam.

06 Julai, 2013

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian........

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik....bulan Ramadhan,bulan yg mulia,bulan rahmat dan bulan berkat,didalamnya ada lailatul qadar,bulan keampunan doa diterima..semoga dapat kita sampai ke bulan Ramadhan dan dapat melaksanakan segala ibadah dengan sempurna..Amin.

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik...bulan Ramadhan nanti kita buat solat malam banyak2.. solat waktu malam yg gelap utk buat persiapan dialam kubur yg sangat gelap..Subhanallah..kita sedekah dlm bulan Ramadhan nanti moga2 Allah mudahkan urusan di Padang Mahsyar..kita azam ye..azam2.