13 Mei, 2013
OPSYEN PAGI .... ingatan Ramadan
Ramadhan sedang menanti kita semua. Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat bersama dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
OPSYEN PAGI .... manusia yang cerdik
Setiap yang hidup akan merasai mati.Marilah kita sama-sama bertaubat. Mohon pada Allah semoga kita mati dalam keimanan.
Label:
muhasabah diri
OPSYEN PAGI .... barakah
Walaupun gaji besar, tapi duit masih tak cukup2. Mesti ada yang tak kena tu, jom sama-sama kita muhasabah..
Label:
Cari Ilmu
09 Mei, 2013
REJAB MENJENGAH LAGI ..... membawa hikmah yang tersembunyi

Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.
Label:
muhasabah diri
24 April, 2013
KEMALASAN .... menghantui tika solat
1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.
2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.
3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.
4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.
5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.
6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.
7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.
8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.
9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.
10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.
11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.
12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.
Label:
Cari Ilmu
Langgan:
Catatan (Atom)


