08 Disember, 2012

BICARA PETANG .... ceritera pohon semalu

Wahai Muslimah… 
Jadikan pohon semalu sebagai contohmu

BICARA PETANG .... pabila terasa lemah

Berserah diri kepada-NYA
Setelah puas berusaha

BINGKISAN PAGI .... 6pesanan

Soalan dan jawapan disertakan bersama...
Pilihlah yang mana menjadi kegemaran....

DOA PAGI .... mari kita lakukan

1.   Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
2.   Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
3.   Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

07 Disember, 2012

BISIKAN MALAM .... minta ampun

            Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.
            Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.
            Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).