04 Disember, 2012

LANGSUNG DARI MEKAH .... tawaf

20 MUHARRAM 1434H
4 DISEMBER 2012
SELASA

SECANGKIR ILMU .... berkhatan

1. Khatan bererti memotong kulit yang menutup "hasyafah" (kepala zakar) lelaki. Berkhatan adalah salah satu keutamaan agama yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
2. Islam tidak mensyaratkan bayi mesti dikhatankan semasa kecil malah ia harus dibuat sama ada anak tersebut masih kecil atau sudah besar. Tetapi lebih afdhal bagi ibu bapa mengkhatankan anak mereka pada hari ketujuh kelahirannya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa kelahiran dua orang cucu baginda.
3. Dari segi kesihatan dan perubatan, berkhatan boleh memelihara kebersihan diri, mengelokkan bentuk tubuh badan, dapat mengelakkan penyakit dan sebagai salah satu cara untuk mengendalikan nafsu syahwat selain dapat membezakan antara muslim dan kafir.

03 Disember, 2012

BUKALAH MATA ..... insan yang terkorban

Berikut merupakan statistik kematian dan kecederaan: 
• 163 terbunuh. 43 daripadanya kanak-kanak, 15 wanita dan 18 orang tua 
• Lebih 1,200 mengalami kecederaan. Ini termasuk 431 kanak-kanak, 207 wanita, 88 orang tua 
• 213 rumah musnah atau mengalami kemusnahan teruk dan 1500 memerlukan pembaikan 
• Lebih kurang 10, 000 orang kehilangan rumah dan kini tinggal di khemah perlindungan.

ADAB BERSAHABAT ..... pilihan ada 2


             Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
             Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
             Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
             Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

01 Disember, 2012

BICARA SUBUH .... bangun malam

Pada waktu malam ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang dirikan pada malam juga lebih banyak menafaat dan lebih pahalanya.

Rasulullah saw bersabda: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya daripada dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."

mari kita sama-sama merebut kesempatan ini......!