22 November, 2012
GAZA oh!!! GAZA .... ceritera SUDAH
Label:
sedekah jariah
GAZA oh!!! GAZA ..... teruskan kehidupanmu
Ketika Hamas meraikan ‘kemenangan’ di kubu kuat mereka di Gaza semalam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia), timbul pula persoalan sejauh mana kedua-dua musuh itu mampu mempertahankan amanah itu.
Gencatan senjata diisytiharkan selepas lapan hari Israel menyasarkan serangan ke wilayah Gaza sehingga menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
Sama ada Palestin dan Israel berasa lega apabila konflik yang berlanjutan lapan hari telah sampai ke penghujungnya tanpa pencerobohan berdarah Gaza, tetapi firasat di kedua-dua belah pihak bahawa gencatan senjata itu mungkin tidak bertahan lama.
Label:
sedekah jariah
GAZA oh!!! GAZA .... gencatan senjata
Label:
sedekah jariah
GAZA oh !!!! GAZA .... menginfaqkan sedikit rezeki yang ada
Ayuh kita menyumbang ke AQSA2Gaza Emergency Relief: Selamatkan Kanak-Kanak Gaza. Sebanyak RM 300,000.00 telah disumbangkan untuk permulaan dan banyak lagi sumbangan akan menyusul. Tunjukkan rasa prihatin anda kepada rakyat Gaza yang dizalimi tentera Zionis. Bantu mereka kembali bangkit meneruskan perjuangan!
Antara sumbangan anda yang telah sampai kepada mereka.
Sumber : http://www.aqsasyarif.org.my
Label:
sedekah jariah
BOIKOT .... satu ceritera menarik

"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri
"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...
"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.
Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.
Status dari seorang Hamba Allah~
Label:
tunjukajar
Langgan:
Catatan (Atom)




