16 September, 2012

PECAH MINDA MALAM MINGGU .... indahnya wanita


Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya,
 “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
(HR : Muslim)

Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama.

Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya.

Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah.

Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah.

Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah.

Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita.

OLE-OLE MALAM MINGGU .... cctv original

Cara mudah untuk jadi pengawas dalam peperiksaan..

CURAHAN MINDA .... rahsia besar Mekah


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Di antara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Baca lagi -> http://www.harian-metro-online.com/nasa-menyembunyikan-misteri-di-sebalik-kota-mekah

PECAH MINDA PAGI AHAD .... ingat akan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kita tak pernah berjumpa Rasulullah, apatah lagi mencium tangan dan memeluk tubuhnya tapi semoga kerja-kerja amar makruf nahi mungkar yang kita lakukan ini akan menemukan kita dengan kekasih Allah ini di akhirat kelak, InsyaAllah!

Betapa ramai umat muhammad mencarinya di akhir nanti untuk mendapatkan syafaatnya, usah bermimpi jika apa yang disarankan 1400 tahun dahulu masih belum diusahakan, diamalkan walaupn sedikit, sukarkah lidah yang tidak bertulang membasahi bibir melafazkan selawatnya ke atasnya?

PECAH MINDA PAGI AHAD .... umpat-mengumpat

Jangan Mengumpat! Kecuali mengumpat yang diharuskan. Kalau setakat gosip-gosip jiran sebelah, kawan sekelas tu tak payah la.

"... dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?..." 
Surah al-Hujuraat: 12