28 Mei, 2012

DOA pembuka 12 pintu ... ayuh sama-sama berdoa


Ya Allah, bukakanlah untukku 
pintu-pintu kebaikan, 
pintu-pintu keselamatan, 
pintu-pintu kesihatan, 
pintu-pintu nikmat, 
pintu-pintu keberkatan, 
pintu-pintu kekuatan, 
pintu-pintu cinta sejati, 
pintu kasih sayang, 
pintu-pintu rezeki, 
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan 
pintu-pintu syurga. 
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aamiin

26 Mei, 2012

FB .... penyumbang terbesar BAIK @ JAHAT

Perkembangan dunia teknologi sekarang memang boleh dikatakan amat pesat, terutama dalam bidang media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Namun, ramai dalam kalangan kita menyalahgunakan penggunaan laman sosial itu sendiri terutamanya Facebook yang pada asalnya bertujuan untuk menambah kenalan baru dan menyampaikan mesej yang baik serta melarang kemungkaran melalui Facebook.

Akibatnya, tanpa kita sedari tujuan yang pada asalnya baik telah bertukar menjadi sesuatu perbuatan yang mengundang dosa kepada kita. Contohnya, mendedahkan keaiban seseorang di Facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap seseorang yang dia merasa tidak puas hati. Kemudian mereka memaparkan rasa ketidakpuasan hati itu di status mereka dan ramai kenalan yang memberi komen.

Kebanyakan daripada penggemar Facebook suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan seseorang, bukan pula untuk tujuan membuka aib seseorang atau untuk mencari penyelesaian. Tetapi, bagi bagi mengurangkan beban yang ditanggung.
Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya”
Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

SUJUD & SYUKUR .... beri ketenangan hati


Keredhaan akan membuahkan rasa syukur yang merupakan tingkat keimanan yang paling tinggi. Dalam tahap iman, rasa syukur itu adalah puncaknya. Orang yang besyukur adalah orang yang paling menikmati hidup. Mereka menjalani hidup dengan tenang setiap masa. Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap insan. Jika tiada masalah maka ia tidak boleh dinamakan kehidupan. Masalah ini kadangkala mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, masalah pertengkaran dengan ibubapa, gagal dalam peperiksaan serta banyak lagi.

Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.

BERTUDUNG .... berfesyen @ menutup aurat

Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.

Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

MINUM .... adab yang sering dilupakan

SUNNAH KETIKA MINUM

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)