24 Mei, 2012

ANTARA 2 .... do or don't

Bertenang dalam mendidik anak dan pandang anak kita dengan penuh rendah diri. Pandang anak kita sebagai ahli syurga dan mempunyai kurang dosa daripada kita. Insha'Allah , Allah akan mempermudahkan urusan kita dalam mendidik mereka.

JANGGUT ... rahsia di sebaliknya


Janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda - Ulasan drpd Dr Jamnul Azhar

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” - Surah A-li’Imraan 3:191

MANFAAT MENJAGA ANAK PEREMPUAN


 

1. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

2. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

3. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

MUDAHNYA MEMPEROLEH PAHALA DALAM KELUARGA

Rasulullah SAW bersabda 
" Apabila seorang anak memandang wajah kedua orang tuanya dengan penuh kasih sayang, Allah memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang mendapat haji mabrur "

Doa ibu kepada anaknya setanding dengan doa nabi-nabi kepada umatnya. Doa ibu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki dan pintu hidayah sepanjang zaman.

Apabila ibu redha kepada kita, pintu rahmat dan pintu syurga akan terbuka, tetapi jika ibu tidak redha kepada kita, maka terbukalah pintu neraka untuk kita.

DIDIK ANAK CELIK AL-QURAN

Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.

Rasulullah SAW bersabda :

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. - HR ath-Thabrani

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. - QS al-Isra' (17: 9)

Ajarilah anak sejak awal lagi. Semakin awal semakin baik. Sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran. Insha'Allah

Ruj : Iluvislam