23 Mei, 2012

AURAT ...antara Wanita & Lelaki

Cara Syaitan Menghilangkan Hijab.. Mangsa Syaitan?

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya. 

Apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

PERIBAHASA .... Bolehkah "Perigi Cari Timba"


Salahkah Perigi Mencari Timba?

Menjadi muslimah bukan bererti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan agresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.

Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”. ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

BABI .... istilah dalam makanan


Istilah makanan?? Kenapa kita TIDAK TAHU???
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.. 

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar:Babi liar. 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

AKHIR ZAMAN ... bersediakah kita ?


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Sabar, Diam, Senyum