22 Mei, 2012

REJAB .... minta ampun sebanyak-banyaknya

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama" Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam " Maka tanya Rasulullah SAW "Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan "Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu"

Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. "Tambahlah lagi" Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"BERPUASALAH DALAM BULAN SUCI (HARAM) LALU BERBUKALAH! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan."
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah)

21 Mei, 2012

ILMU .... diamalkan

PERINGATAN :
Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, “Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI”.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih.

“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”. (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

sebahagian ulama berkata:

"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Kembalikan kepada Niat yang asal, Hidup dan Mati untuk ALLAH Ta'ala. ♥~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin...;)

Peringatan untuk diri sendiri juga :) yang paling penting, sama-sama mengingati. itu memang kewajipan kita.



SUJUD ... menghampirkan diri kepadaNYA

Sujud adalah waktu kita paling dekat dengan Allah..

Sujud melahirkan rasa rendah diri sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya..

Tidak kurang banyaknya kelebihan sujud dari sudut perubatan..

Sebab itu kita digalakkan sujud lama-lama sambil berniat memohon hajat.
Selain niat hajat, niatkan dan pohonlah kepada ALLAH supaya dapat bermimpi dengan NABI MUHAMMAD S.A.W... kalau kita tidur sehari 7-8 jam bayangkanlah kita dapat hidup dengan kekasih ALLAH, satu hadiah yang ternilai kalau diberi dunia dan seisinya..

Jadi renung-renungkan lah.....

REJAB .... datangnya tetap dinanti


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN, 
DOAKAN AGAR KITA SEMPAT DENGANNYA: 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. 

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. 
Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

KEIKHLASAN BERDOA .... satu ungkapan di hati

Pada suatu hari Ibnu Umar dan Rasulullah SAW mendengar seseorang memuji Allah SWT dengan pujian yang paling indah. Rasulullah SAW bertanya: ”Siapakah gerangan yang memuji Allah dengan lafaz itu? Seseorang menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: ”Aku amat kagum dengan ucapan itu, kerana ucapan itu telah dibukakan pintu-pintu langit.” Ibnu Umar berkata, setelah saat itu aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut. 
(Hadis riwayat Imam Muslim)