25 Disember, 2011

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Rumah di kampung


Dari Senawang bertolak balik dan singgah sebentar di rumah ibu di kampung untuk menikmati buah rambutan yang dah mula masak ranum. 

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Dailyfresh

Singgah sebentar di R&R Ayer Keroh membasahkan tekak dan meluruskan pinggang yang dah mula sakit sebab lama duduk mendrive dari rumah menuju ke Senawang, menziarahi anak saudara yang dirisik oleh jejaka Melaka.

24 Disember, 2011

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Square One & BP Mall

Cuti-cuti hujung minggu diselang-selikan dengan jalan-jalan dan mencari apa yang dihajatkan.

23 Disember, 2011

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.
(HR : Muslim)

Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith

22 Disember, 2011

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Bandar Universiti, Skudai

Sempat juga mereka menyiapkan puzzle yang diberi sambil menikmati meal yang dipesan.