12 Disember, 2011

ANTARA BAIK dan JAHAT >>> Pilihan di tangan sendiri

Nabi SAW bersabda, maksudnya: 
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya,"
(HR : Jabir RA)
Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan. Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti. Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti. Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik. Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira. Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan. Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.

Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith

11 Disember, 2011

GERHANA BULAN >>> Simulasi Kejadian

GERHANA BULAN >>> Tanda Kebesaran Allah SWT

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Walaubagaimanapun solat gerhana boleh dilakukan secara bersendirian.
Mendirikan solat ini hukumnya sunat muakkad. Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

10 Disember, 2011

GERHANA BULAN >>> Satu Fenomena Alam Kebesaran Tuhan

Sebelum berlakunya gerhana bulan sekitar jam 8.00 malam.
Perkara yang dilakukan ketika berlakunya GERHANA BULAN ialah :
1. Solat sunat 2 rakaat gerhana bulan >>> dilakukan sama ada di rumah atau masjid/surau berhampiran. Lebih elok jika dilakukan secara berjemaah di masjid/surau.
2. Mendengar khutbah khas mengenai gerhana bulan.
3. Lakukan mandi sunat gerhana bulan.
4. Banyakkan amalan yang menuju keampunan kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
5. Menyaksikan pergerakkan gerhana bulan sebagai mensyukuri nikmat Tuhan yang masih memberi kita kehidupan di dunia ini.
Sekadar menyaksikan kebesaran Tuhan.
Di saat-saat gerhana bulan sepenuhnya... mengagumi kebesaran Allah swt .

09 Disember, 2011

KETIKA >>> al-Quran disisi

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkanlah Wahai SaudaraKu

Sumber : http://www.facebook.com/azieisma?ref=ffa