29 November, 2011

MENGINGATI ALLAH >>> Sesaat pun Jangan Lupa

(HR at-Tabrani)
<<>> Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

<<>> Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.

<<>> Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.

<<>>Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

LUAS REZEKI >>> Kurniaan Allah SWT

(HR At-Tabrani)
<<>> Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

<<>> Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

<<>> Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

28 November, 2011

SATU HATI >>> Mampukah kita melakukannya?

Oleh HASSAN AHMAD
Ada orang yang mengatakan bahawa matlamat gagasan Satu Malaysia ialah membina “negara satu bangsa Malaysia”. Setahu saya, matlamat itu tidak pernah disebut secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, yang mencetuskan gagasan Satu Malaysia.

Sering kali juga kita mendengar orang menggunakan istilah lain, iaitu “negara-bangsa Malaysia” untuk merujuk konsep yang sama, iaitu negara “satu bangsa Malaysia”.

Konsep negara-bangsa (nation-state) wujud daripada sejarah politik nasionalisme Barat sejak akhir abad ke-18. Konsep ini merujuk kesatuan sosiopolitik-legalistik yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja. Yang dimaksudkan dengan “bangsa” ialah bangsa kulit putih Eropah atau bangsa Caucasus.

Konsep ini tidak sama maksudnya dengan ras atau suku kaum dari segi takrif sosiobudaya atau takrif antropologi. Sesuatu “bangsa” itu belum dapat dianggap sebagai nation jikalau bangsa itu belum mempunyai “negeri” atau negara.
____________________________
Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

FIKIR-FIKIRLAH >>> sebelum berkata-kata

Jauhi Perdebatan Walaupun Dipihak Yang Benar, 
Tinggalkan Dusta Walaupun Bergurau, 
Dan Perindahkan Akhlak, Ganjarannya Syurga. 
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya. Para sahabat bertanya lagi, wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah ialah orang yang takbur.
<< HR at-Tirmidzi>>


<> Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
<> Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
<> Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

27 November, 2011

BERSIN >>> Ada Adab-adab Yang Perlu Diikuti


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya : 
“Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak.” 
(Sahih Muslim)