24 November, 2011

RIBA >>> Fakta Yang Realiti

Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

"Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya."
(HR Ahmad dan Abu Daud)


Pengajaran Hadis:

i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.

ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ˜az ziadah' (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.

iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal) al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.

vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.

vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

HUTANG >>> Katakan TIDAK Pada Hutang


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

"Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah."
(HR Muslim dan Imam Ahmad)
Pengajaran hadith:


i)Kita hendaklah mengelak daripada bersikap suka berhutang sebaliknya amalkanlah sifat ˜qanaah' iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada dengan memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang.

ii)Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu kepentingan itu merupakan keperluan yang mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

iii) Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecilmana pun ia dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah dengan orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya

iv) Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T .

23 November, 2011

HUTANG >>> Galakkan KEKUFURAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
" Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari. "
(HR al-Baihaqi)


Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w, :
Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!. 
Berkata para sahabat :
Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.
Sabda baginda :
Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.
(HR Muslim)

22 November, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga VS Kasih Ayah Berkorban Nyawa

Rasulullah s.a.w. menganggap menderhaka kepada orang tua DOSA BESAR selepas syirik.

“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 
(Surah al-Israk ayat 23-24).
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: 
Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. 
(Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. 
Baginda bersabda yang bermaksud: 
“Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” 
(Riwayat Muslim)

MENANGIS >>> Takut Pada Allah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;
1) seorang pemimpin yang adil.
2) seorang pemuda yang tumbuh dalam [ketaatan] beribadah kepada Allah Ta’ala.
3) seorang lelaki yang hatinya terpaut ke masjid.
4) dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya.
5) seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan kerkedudukan dan cantik (untuk berzina) akan tetapi dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’.
6) seorang yang bersedekah secara sembunyi-sumbunyi sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7) seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).”

(HR. Bukhari [629] dan Muslim [1031])