07 November, 2011

LANGSUNG dari Kota Suci MEKAH <> url untuk dilayari

Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim haji

Polis agama menerbitkan video dan dokumen bimbingan kepada jemaah haji di laman web YouTube melalui alamat http://www.youtube.com/user/movieshajj.

Buat pertama kali pada tahun ini, pergerakan haji dapat disaksikan secara langsung di YouTube melalui youtube.com/hajjlive.


Ikuti secara langsung dari MEKAH untuk tatapan semua yang tidak berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada tahun ini. Insya Allah tahun hadapan giliran kita pula yang akan menyahut SERUAN HAJI 1433H.

LANGSUNG dari Kota Suci MEKAH

Suasana sekitar MH selepas Solat Asar.

IBADAH HAJI >>> MELONTAR JAMRAH

Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah (hari Nahar) di Mina

WAKTU AFDAL - Pada waktu dhuha 10 Zulhijjah.

WAKTU DIHARUSKAN - Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT MELONTAR
<> Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.
<> Hendaklah melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah.
<> Hendaklah melontar tidak terpesong daripada tujuan lain.
<> Hendaklah melontar batu atau jenis-jenisnya.
<> Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin.
<> Hendaklah melontar dengan gaya melontar.
<> Hendaklah melontar dengan tangan.
<> Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
<> Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri.

MELONTAR JAMRATUL AQABAH PADA 10 ZULHIJJAH (HARI NAHAR)
Waktu afdal – pada waktu duha 10 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

MELONTAR JAMARAT PADA 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH DI MINA
(HARI-HARI TASYRIQ)

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenammatahari 13 Zulhijjah


Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah


Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah


IBADAH HAJI <> Mabit di Muzdalifah

Berada di bumi Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) hari tersebut. Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja. Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas melintasinya.

AMALAN SUNAT KETIKA MABIT DI MUZDALIFAH

1. Apabila terbenam matahari 9 Zulhijjah (masuk waktu Maghrib), jemaah haji bolehlah meninggalkan Arafah tanpa menunaikan solat Maghrib di samping memperbanyakkan zikir dan talbiah.

2. Bergerak ke arah Muzdalifah dalam keadaan tenang sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Elakkan daripada berasak-asak dengan orang ramai dan jangan menyakiti mereka.

3. Apabila tiba di Muzdalifah, hendaklah segera menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Ia boleh dilakukan secara jamak ta’khir dengan sekali azan dan dua iqamah. Tidak disunatkan menunaikan sebarang solat sunat.

4. Mengutip tujuh (7) biji anak batu untuk melontar di Jamrah Kubra pada keesokan harinya (10 Zulhijjah).

5. Sunat mabit di Muzdalifah sehingga terbit fajar (masuk waktu Subuh). Kemudian menunaikan solat Subuh pada awal waktunya.

6. Terus berada di Muzdalifah sehingga langit semakin cerah. Dalam masa yang sama, seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh berzikir dan berdoa kepada Allah swt. Setelah itu hendaklah ia terus bertolak ke Mina.

7. Menurut sunnah, jemaah haji hendaklah sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanannya ke Mina dan berhenti bertalbiah apabila mula melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.

8. Bagi jemaah haji yang terus menuju ke Makkah, hendaklah berhenti dari bertalbiah apabila memulakan tawaf.

DOA <> Atasi Segala Kesusahan

Doa Rasulullah s.a.w. untuk melindungi diri baginda dari rasa gelisah dan sedih, dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
(dari kitab Al-Ma'thurat)

JANGAN MALAS DAN JEMU BERDOA , INSYAALLAH DI SUATU MASA DAN KETIKA ALLAH S.W.T. AKAN MEMPERKENANKAN HARAPAN DAN PERMINTAAN KITA , SAMA ADA SEBENTAR LAGI, ESOK LUSA ATAU LAMA LAGI. TERUSKAN BERDOA DAN USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.