Lailatul Qadar (Arab : لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’anyang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.
23 Ogos, 2011
10 - 7 = 3 ... Pencarian Tanpa NOKTAH Malam Al-Qadar
Label:
RAMADAN
10 - 6 = 4 ... Dibalik Tabir Malam Al-Qadar
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami.”
Lailatul Qadar dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan daripada Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman bersifat spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkan malam yang lebih baik daripada seribu malam ini. Ia tidak boleh dicapai begitu sahaja dengan hanya kehadiran kita pada malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan kerana ‘perjumpaan’ dengan Lailatul Qadar merupakan puncak prestasi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan rohani pada bulan Ramadan.
“ Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami.”
(al-Dukhan: 3-5)
Keterangan lanjut >>> KLIK DI SINI
Label:
RAMADAN
10 - 5 = 5 ... Hebatnya Lailatul Qadar
> Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran.
> Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
> Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
> Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
> Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.
Maklumat lanjut --> KLIK DI SINI
Label:
RAMADAN
10 - 4 = 6 ... AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Antara amalan yang wajar dilakukan pada
malam Lailatul Qadar :1- Bertaubat kepada Allah SWT.
2- Sentiasa berdoa.
3- Beristighfar kepada Allah SWT.
4- Solat berjamaah.
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut
2- Sentiasa berdoa.
3- Beristighfar kepada Allah SWT.
4- Solat berjamaah.
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut
kehadiran Malam Lailatul Qadar.
7- Menggandakan amalan kebajikan.
8- Beriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10- Berdoa agar sempat menemuinya pada
7- Menggandakan amalan kebajikan.
8- Beriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10- Berdoa agar sempat menemuinya pada
tahun hadapan.
Label:
RAMADAN
10 - 3 = 7 ... Pengajaran Malam Al-Qadar
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya :
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut?
Baginda s.a.w. bersabda:
“Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajarannya :
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatul qadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah SWT, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.
Sumber Maklumat :
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/08/10/doa-malam-lailatul-qadar/

Langgan:
Catatan (Atom)