21 Ogos, 2011

KEMATIAN ... kunjungan sakaratulmaut

Lelaki maut kereta terhumban dalam longkang - Lihat Di SINI

Ibu bersama bayi dalam kandungan maut kemalangan dekat Pekan - Lihat DI SINI
Polis tembak mati suspek kes samun di Sungai Buloh - Lihat DI SIN

Dua warga asing dihukum gantung sampai mati kerana edar dadah - Lihat DI SINI
Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia - Lihat DI SINI

MALAM AL-QADAR ... 10 malam terakhir Ramadan

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.


10 malam terakhir Ramadan 
Bermulalah amalan untuk mendapatkan satu malam yang nilainya 1000 bulan
JOM !!! Kita lakukan ini semoga hidup kita akan bertambah bahagia.

Dapatkan TIPs cara bagaimana untuk menyediakan diri kita mendapatkan malam al-QADAR di sini


SUMBER : iluvislam.com

20 Ogos, 2011

LAILATUL QADAR ... Jangan Lepaskannya

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" 
(Al-Qadr : 2) .

INFO SELANJUTNYA .... KLIK  di sini

SUMBER :  Zaharuddin Abd Rahman
                    http://www.zaharuddin.net/




LAILATUL QADAR ... perangsang tingkatkan amalan

LAILATUL QADAR adalah satu daripada malam pada Ramadan. Keistimewaannya diriwayatkan menyamai bilangan 1,000 bulan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." 

(Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 2)

Kebesaran Lailatul Qadar berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut Lailatul Qadar kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi.

Cerita selanjutnya ..... KLIK DI SINI
Sumber : Berita Harian

KEPALSUAN HADIS ... kelebihan Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya 
:

KLIK DI SINI .... maklumat lanjut

Sumber : BERITA HARIAN