LAILATUL QADAR adalah satu daripada malam pada Ramadan. Keistimewaannya diriwayatkan menyamai bilangan 1,000 bulan.
Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan."
(Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 2)
Kebesaran Lailatul Qadar berdasarkan dua perkara.
Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.
Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut Lailatul Qadar kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi.
Sumber : Berita Harian