Bubur Lambuk memang sinonim dengan masyarakat Masjid Sabak Uni.
Diagihkan kepada semua penduduk sekitar masjid.
ANDA DI RUMAH BAGAIMANA ?
SUDAH MERASAI KELAZATAN BUBUR LAMBUK ?
PERGILAH KE MANA-MANA MASJID DI TEMPAT ANDA TINGGAL, INSYAALLAH ADA BUBUR LAMBUK.
08 Ogos, 2011
BUBUR LAMBUK RAMADHAN ... eratkan silaturrahim
Label:
RAMADAN
TADARUS AL-QURAN
Tadarus al-Quran dilakukan selepas Solat Sunat tarawih di Masjid Sabak Uni, Parit Raja.
Bacaan para peserta akan disemak oleh ahli yang lain secara terus menegur dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pembaca.
ANDA PULA BAGAIMANA?

06 Ogos, 2011
Keutamaan Saf yang Pertama
Nabi s.a.w bersabda :
Pengajaran Hadith :i) Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.
ii) Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.
iii) Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.
Label:
muhasabah diri
Sempurnakan Hari Dengan Keberkatan
Nabi s.a.w bersabda :
Pengajaran hadith :i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.
ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.
iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.
iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.
Label:
RAMADAN
Isteri Sujud Kepada Suami!
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud :
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..”
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.
Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan.
Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.
Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Langgan:
Catatan (Atom)