23 Jun, 2011

SELAMATKAN AL-QURAN 9 ... Suatu Keajaiban

Suatu keajaiban apabila kertas yang dibakar
tidak menjadi putih sebaliknya menjadi hitam
dan masih tertera ayat suci.
Sebaliknya pada masa-masa tertentu pula
carikan kertas yang dibakar bertukar menjadi putih
seperti tepung sagu. Jika dirasa tidak akan rasa apa-apa.
Mengapa perkara ini boleh berlaku ?

Tuan Imam Masjid Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, JOHOR
kehairanan dengan kejadian seperti ini.
UNTUK MENDAPATKAN JAWAPANNYA
SILA BERKUNJUNG KE :

Pusat Pengumpulan dan Pelupusan 
Ayat-ayat Suci al-Quran 
Batu 10, Jalan Cheras, Kajang,
SELANGOR.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Tanam dalam telaga

AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong. Setelah selesai menanam dalam telaga khas, bacaan doa selamat akan dibaca sebagai tanda kesyukuran kerana proses kerja yang dilaksanakan sejak peringkat awal hingga akhir berjalan dengan lancar. 
AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong.

Para pengunjung mengaminkan doa yang dipimpin oleh Imam.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Larutkan abu dalam air

Larut 1 :
Memasukkan abu ke dalam takungan air.
Kertas yang telah dibakar akan meninggalkan abu yang berwarna putih dikumpulkan di bawah mesin insinerator. Palong abu tersebut akan ditarik keluar, kemudian proses melarutkan dalam takungan air bermula.
Larut 2 :
Abu putih mudah larut di dalam air.
Larut 3 :
Proses melarutkan abu akan menjadi lebih cepat jika dikacau.
Larut 4 : 
Saki baki abu yang berwarna hitam akan ditapis dan diasingkan.
Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

SELAMATKAN AL-QURAN 7 ... Mesin Insinerator

Kos mesin ini dianggarkan
60 ribu ringgit
Mesin Insinerator yang digunakan untuk membakar carikan kertas yang telah dikumpulkan menggunakan teknologi daripada Jerman. Walaubagaimapun, mengikut En.Rahmat mesin ini dibina di Bandung, Indonesia kerana kos pembinaannya lebih murah dan mudah dipantau. Kos dianggarkan RM60,000.00 seunit.




Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius. Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu. Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. 

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu. 

Canggih dan moden tanpa mengeluarkan
jerebu ke udara
Ruang untuk memasukkan cebisan kertas
ketika suhunya tinggi


SELAMATKAN AL-QURAN 6 ... Meracik menjadi cebisan

Bahan yang mengandungi ayat suci dimasukkan
ke dalam mesin racik supaya menjadi cebisan untuk
mudah dibakar.
Alat untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.


“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.