Hayati dan renungilah sendiri sejauhmana usaha kita memulihkan dan memelihara alam yang indah ini untuk tatapan anak-anak generasi akan datang.
20 Jun, 2011
KASIHANILAH KHAZANAH ALAM KITA
Label:
muhasabah diri
JEREBU OH! jerebu
RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Mereka turut mengaitkan kemungkinan kepanasan itu balasan kepada manusia kerana sering melakukan kerosakan di muka bumi.

FENOMENA langit merah yang dirakamkan di Rawang adalah kesan matahari dilitupi jerebu. Peningkatan suhu di Malaysia akibat jerebu, pembakaran terbuka dan kekurangan hutan hijau menyebabkan suhu meningkat mencecah 34 darjah Celsius ke 38 darjah Celsius dan ini bukan saja menyebabkan pemanasan global, malah boleh menyebabkan penyakit kulit.
Label:
muhasabah diri
MENYAMBUNG TUGAS ... rezeki mesti dicari
Bak kata pepatah Melayu : REZEKI TAK DATANG BERGOLEK, MESTI USAHA, IKHTIAR, BARULAH REZEKI DATANG BUKANNYA BERGOLEK BAHKAN MELAYANG-LAYANG DATANG MENJUNAM MENUJU KEPADA KITA. InsyaAllah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain".
Setelah bercuti sekembalinya daripada Tanah Suci, tugas yang selama ini dipikul ditaut kembali demi kesejahteraan anak bangsa pada masa hadapan. Mudah-mudahan selama ditinggalkan mereka dapat menerima ketiadaan kami berdua dan sentiasa beroleh kejayaan walaupun tanpa kami berdua.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain".
Setelah bercuti sekembalinya daripada Tanah Suci, tugas yang selama ini dipikul ditaut kembali demi kesejahteraan anak bangsa pada masa hadapan. Mudah-mudahan selama ditinggalkan mereka dapat menerima ketiadaan kami berdua dan sentiasa beroleh kejayaan walaupun tanpa kami berdua.
Label:
Cari Ilmu
19 Jun, 2011
SINGGAH DI KEBUN KURMA
Kesempatan yang terluang, kami dibawa melawat ke kebun kurma yang dipenuhi dengan pokok kurma yang sedang berbuah. Sempat juga merasa buah kurma yang masih hijau ..... pergh .... rasanya tak sama dengan yang masak. Nak rasa lazat atau tidak .... meh kito pogi kat sano .... ladang kurma
KHASIAT KURMA
1. Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium*, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik. ( Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.)2. Satu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa.
3. Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.
4. Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.
5. Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.
Label:
mykeluarga
SYAITAN MASUKI TUBUH MENERUSI 10 PINTU ... Pintu Mana?
=: Bacaan menolak gangguan syaitan :=
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya:
“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:
Label:
Cari Ilmu
Langgan:
Catatan (Atom)









