"Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.
Sebagai ibu dan bapa semestinya berbangga dan bersyukur kerana anak yang belajar bersungguh-sungguh telah lulus dalam peperiksaan sem. 2 di KMJ Tangkak. sebagai menghargai usaha dia, kami berikanlah sedikit hadiah sebagai tanda kami sentiasa menghargai usahanya. TAHNIAH BUAT ANGAH.
senyum lebor dia dapat 2ratus .... simpan kat bank la....
Terima kasih ...... abi ..... umi.... Yahooooo... dapat 2ratus..
Teruja rasanya kerana dapat bersama family beriadah pada waktu petang begini. Bukan mudah untuk bersama mereka kerana semuanya sedang belajar di tempat masing-masing. Afaf di UNISZA Terengganu dan Alif di KMJ Tangkak. Mereka berdua sedang bercuti panjang hingga bulan September.
Ai ! ..... ngapa pulak Adib Faris ni tengok je. Penat la tu.
Adib Faris begitu beriya-iya bebenor nak smash ....
Angah ni pulak berjaya mengembalikan bola .... bangga la tu agaknya.
Cuti Hari Wesak kami sekeluarga sempat balik kampung tempat kelahiran. Seronok juga dapat rilek dan tenangkan jiwa. Lepak-lepak hilangkan penat lelah bekerja.
Isteriku ketika selesai Tawaf Wada'..... nak balik Malaysia.
Pengalaman isteri bersama ibu tersayang mengerjakan haji pada tahun 2010. Rasa terkilan kerana tidak dapat pergi bersama-sama. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya tidak dapat bersama mereka berdua ke Tanah Suci.