24 Julai, 2013

RAMADHAN ....banyak fadilatnya

Kebajikan itu ialah sesuatu yg kita buat yg membawa ketenteraman hati dan jiwa.Manakala dosa pulak sesuatu yg kita lakukan membawa kepada menganggu jiwa dan meragui didalam dada.

19 Julai, 2013

RAMADHAN .... dengannya kita dapat

"Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan 'ar-Rayyan' yang memasukinya pada hari kiamat adalah orang-orang yang berpuasa, tiada siapa memasukinya selain mereka. Dan apabila mereka sudah memasukinya maka pintu itu pun ditutup."
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim -

RAMADHAN .... dengannya kita dapat

Bismillahir rahmanir rahim.

Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir sekelian alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.

Wahai Tuhan kami,

Hari jumaat yg mulia ini, Engkau redhailah pada kami dari sisi Mu rahmat dan ampunan yang sememangnya tidak akan mengurangi keagungan Mu, anugerah Rahmat yang tidak akan menyusutkan kebesaran Mu, Wahai Yang Maha Kasih dari segala yang mengasihi.

Allahu Ya Allah,

Kurniakanlah kepada kami hari ini dengan dua kenikmatan: pada permulaannya pagi ini dgn kebahagiaan dan kesejahteraan dalam mentaati Mu. Pada penghujungnya, dgn kenikmatan akan ampunan dan maghfirah Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Mentadbir, berkatilah kami dengan RahmatMu. Lindungilah saudara2 kami yg sedang memperjuangkan agama Mu walau dimana mereka berada. Kau Maha Penguasa Ya Allah, kami berserah diri kepadaMu.

Ameen ya Rabbal Aalamin.

18 Julai, 2013

RAMADHAN ....apa ada dengannya

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Segala puji Tuhan Maha Pentadbir,

Ya Allah! Sediakanlah Untuk kami sebahagian Dari RahmatMu Yang Luas, Dan Berikanlah Kami Petunjuk Kepada Kami, Dan Bimbinglah Kami Menuju Kepada Keredaan Mu Dengan Kasih Sayang.

Allahu ya Allah

Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada Mu, Dan Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Menang Disisi Mu, Dan Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada Mu Dengan Ihsan Mu, Wahai Tuhan Yang Memperkenankan Permohonan.

Ya Allahu Ya Rahim,

Tanamkanlah Dalam Diri Kami Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diri Kami Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dari Kami Kemurkaan Dan Api Neraka Dengan Keampunan Mu, Ya Rabb..Ya Rahman..Ya Wadud..Ya Ghaffar.

Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim..

Ameen.

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan.....

Ingat zaman kanak2, kalau tak posa kena makan jauh2 dgn yg berpuasa ketika berbuka puasa..kesian betul...zaman skrg mcmana pulak ekk?

Apalah guna mencari keramaian jikalau hidup sunyi kebahagiaan.

Kadang2 kita hanya menghargai sesuatu nikmat hanya selepas nikmat itu hilang dari kita.

09 Julai, 2013

dengannya RAMADHAN .... matlamatnya

Matlamat puasa Ramadan.

Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." 
(Al Baqarah: 183)

dengannya RAMADHAN .... niat

Niat Puasa Ramadan - Jom Ulangkaji

Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sebulan itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada SETIAP MALAM. Ada pun niat puasa sebulan itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu 'alam.

06 Julai, 2013

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian........

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik....bulan Ramadhan,bulan yg mulia,bulan rahmat dan bulan berkat,didalamnya ada lailatul qadar,bulan keampunan doa diterima..semoga dapat kita sampai ke bulan Ramadhan dan dapat melaksanakan segala ibadah dengan sempurna..Amin.

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik...bulan Ramadhan nanti kita buat solat malam banyak2.. solat waktu malam yg gelap utk buat persiapan dialam kubur yg sangat gelap..Subhanallah..kita sedekah dlm bulan Ramadhan nanti moga2 Allah mudahkan urusan di Padang Mahsyar..kita azam ye..azam2.

APA KATA USTAZ ....Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Posa pun belum, tengok anak bulan ramadhan pun belum tapi dok cerita dah pasal raya..sana raya sini raya,karaoke raya la, sendaloka raya la,sepatutnya kita galakkan puasa, ajak menghayati n mendidik jiwa dibulan Ramadhan..jom kita mulakan dgn diri kita n keluarga kita utk hidupkan Ramadhan kali ini.

SECANGKIR PESANAN .... untuk difikirkan

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya dunia yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya (tidak berzikir) maka Allah akan menurunkan 4 penyakit (pada dirinya): 

1. kebingungan yang tiada putus-putusnya,
2. kesibukan yang tidak pernah ada hujungnya,
3. kemahuan yang tidak pernah terpenuhi,
4. khayalan yang tidak berhujung."

(HR. Imam Thabrani)