25 Februari, 2013

BINGKISAN MALAM .... Bagi Yang Sukar Solat Subuh

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan-saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari (Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

24 Februari, 2013

CORETAN PAGI ..... khasiat senduduk

Khasiat Pokok Senduduk

a. Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

b. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar Negara.
Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.

c. Bagi anda yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

d. Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian. Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk di mana-mana kawasan yang anda berkenan.

23 Februari, 2013

BINGKISAN MALAM .... amalan yang perlu dihafal

Tujuh kalimat yang mesti kita hafal..

1.Bismillaahirrahmaanirrahiim, setiap kali akan melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah, setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullahhal a'ziim,selepas melakukan kesalahan.

4.Insya Allah, ingin melakukan sesuatu pada waktu yang akan datang.

5.La haula wala quwwata illa billah, melihat sesuatu yang buruk atau saat menghadapi kesulitan agar memperoleh kekuatan.

6.Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, ketika ditimpa musibah atau kematian.

7.Laa ilaahaillallah, amalkan setiap saat.

21 Februari, 2013

BINGKISAN PAGI .... indahnya kehidupan ini

Ketenangan dan kedamaian itu di sisi ALLAH, justeru tanamlah dalam diri benih penyerahan segala urusan hidup kepada Allah. Nikmatilah sahabatku, keindahan mengamalkan pesanan Rasulullah saw kepada anakanda Baginda, saidatina Fatimah, bacalah mengiringi pagi dan petangmu.

"يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ ولاتَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنِ"

Wahai Allah, Tuhan Yg Maha Hidup,Yg Maha Menguruskan Segalanya, dengan rahmatMu aku merayu pertolongan. Perbaikilah segala urusan hidupku dan janganlah Engkau serahkan diriku pada aku sendiri walau sekadar sekelip mata.
Secara peribadi, kadang2 kesibukan dan amanah yang banyak tergalas di bahu sangat meng'hiba' kan diri. Terasa amat banyak kelemahan, namun zikir ini sebahagian cara yang memberi semangat hidup, kelapangan hati dan molek segala urusan. Alhamdulillah.

Kiriman : Ustazah Norhafizah Musa

SEMBANG PAGI .... Apabila Kita Redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita.

11 Februari, 2013

RENUNGAN PAGI .... pesanan untuk sang suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..