27 Oktober, 2013

MENANGISNYA KITA ...... ke mana?

Tidakkah Islamnya Kita Ini Kerna Darah Dan Air Mata Baginda?
Lalu Kemanakah Mengalirnya Darah Dan Air Mata Kita Ini?

09 Oktober, 2013

Para sahabat nabi s.a.w.

Assalamualaikum,

Kenalkah sahabat-sahabat semua para sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.t?

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata :
Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian mencaci maki para sahabatku! Janganlah kalian mencaci maki para sahabatku! Demi zat yang jiwaku ditangan-Nya, seandainya seseorang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud maka ia tidak akan dapat menandingi satu mud atau setengahnya dari apa yang telah diinfakkan para sahabatku.”

Riwayat Muslim. Juga diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad.

Tips Persediaan Qiamullail

Tips Persediaan Qiamullail
1-Ikhlaskan diri. Seseorang akan bertambah kuat melakukan ibadat apabila dia bertambah ikhlas.
2-Merasakan dirinya diseru Allah untuk berqiamullail.
3-Mengetahui kelebihan Qiamullail.
4-Tidur mengikut sunnah iaitu diatas lambung kanan.
5-Tidur dalam keadaan berwuduk.
6-Tidur awal.
7-Beramal zikir2 yang disyariatkan sebelum tidur.
8-Mengamalkan tidur qailullah iaitu tidur sekejap samaada sebelum Zuhur atau selepasnya.
9-Menjauhi banyak makan dan minum.
10-Melawan nafsu tidur.
11-Menjauhi dosa dan maksiat.

Buat Diriku Yang Mudah Lupa !


Buat Diriku Yang Mudah Lupa !
6 PERKARA tentang adab berpuasa
1-Jangan malas bersahur walau seteguk air
2-Jaga anggota dan pancaindera dari melakukan perkara yang dilarang semasa berpuasa.
3-Banyakkan membaca al-Quran.
4-Jangan banyak tidur.
5-Jangan lengahkan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka.
6-Baca doa buka puasa yang sahih dan mulakan berbuka dengan buah kurma.

Buat diriku yang mudah lupa !


Buat diriku yang mudah lupa: 
9 perkara yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki
1-Bertakwa kepada Allah
2-Bertawakal kepada Allah
3-Membaca bismillah pada setiap urusan
4-Bersukur kepada Allah
5-Memperbanyak istighfar dan bertaubat
6-Berusaha mencari rezeki menerusi cara yang sepatutnya
7-Bersikap mulia dalam mencari rezeki
8-Menjauhi pembaziran
9-Mengikut sunnah Nabi s.a.w
(Dipetik dari Doa Munajat dalam Majalah al-Ustaz isu 11)

Baru saya tahu !

Baru saya tahu!: 
5 adab yang perlu dihiasi ketika membaca al Quran:
1-Berwuduk
2-Berpakaian lengkap.
3-Menghadap kiblat
4-Hati yang bersih
5-Bertadabbur dan berfikir tentang ayat-ayat Allah.
(kolum Wasatiyyah dalam Majalah al-Ustaz isu 14)

Baru saya tahu !


Baru saya tahu! 
Cara melakukan sujud syukur.
1-Takbiratulihram
2-Takbir untuk sujud, tanpa mengangkat tangan
3-Sujud
4-Bangkit dari sujud
5-Salam dua kali sambil menoleh kekanan dan kekiri
( Fiqah Harian dalam majalah al-Ustaz isu 15 )

23 September, 2013

CELOTEH PAGI .... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI .... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI ..... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI ..... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI ..... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI .... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI ..... saje2 nak bagi tau

CELOTEH PAGI ..... yang selalu dilupakan

CELOTEH PAGI ..... ingat pesanan ini

19 September, 2013

NOTA KEHIDUPAN .... tentang mata

NOTA KEHIDUPAN .... mulianya sifat ini

Satu contoh cara Rasulullah memelihara harga / jati diri (self-esteem) kanak-kanak biarpun kepada seorang khadam/pembantu. Anas r.a memang sejak kecil, menjadi khadam/pembantu kepada Rasulullah SAW.

Dari Anas r.a., 
“Aku telah melayani Rasulullah SAW selama 10 tahun. Demi Allah beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata herdikan kepadaku, tidak pernah menanyakan : ‘Mengapa engkau lakukan?’ dan pula tidak pernah mengatakan: ‘Mengapa tidak engkau lakukan?’”

(Hadits Riwayat Bukhari, Kitabul Adab 5578, Muslim, Kitabul Fadhail 4269, dan selain keduanya)

Subhanallah mulianya akhlak Rasulullah SAW

24 Julai, 2013

RAMADHAN ....banyak fadilatnya

Kebajikan itu ialah sesuatu yg kita buat yg membawa ketenteraman hati dan jiwa.Manakala dosa pulak sesuatu yg kita lakukan membawa kepada menganggu jiwa dan meragui didalam dada.

19 Julai, 2013

RAMADHAN .... dengannya kita dapat

"Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan 'ar-Rayyan' yang memasukinya pada hari kiamat adalah orang-orang yang berpuasa, tiada siapa memasukinya selain mereka. Dan apabila mereka sudah memasukinya maka pintu itu pun ditutup."
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim -

RAMADHAN .... dengannya kita dapat

Bismillahir rahmanir rahim.

Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir sekelian alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.

Wahai Tuhan kami,

Hari jumaat yg mulia ini, Engkau redhailah pada kami dari sisi Mu rahmat dan ampunan yang sememangnya tidak akan mengurangi keagungan Mu, anugerah Rahmat yang tidak akan menyusutkan kebesaran Mu, Wahai Yang Maha Kasih dari segala yang mengasihi.

Allahu Ya Allah,

Kurniakanlah kepada kami hari ini dengan dua kenikmatan: pada permulaannya pagi ini dgn kebahagiaan dan kesejahteraan dalam mentaati Mu. Pada penghujungnya, dgn kenikmatan akan ampunan dan maghfirah Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Mentadbir, berkatilah kami dengan RahmatMu. Lindungilah saudara2 kami yg sedang memperjuangkan agama Mu walau dimana mereka berada. Kau Maha Penguasa Ya Allah, kami berserah diri kepadaMu.

Ameen ya Rabbal Aalamin.

18 Julai, 2013

RAMADHAN ....apa ada dengannya

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Segala puji Tuhan Maha Pentadbir,

Ya Allah! Sediakanlah Untuk kami sebahagian Dari RahmatMu Yang Luas, Dan Berikanlah Kami Petunjuk Kepada Kami, Dan Bimbinglah Kami Menuju Kepada Keredaan Mu Dengan Kasih Sayang.

Allahu ya Allah

Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada Mu, Dan Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Menang Disisi Mu, Dan Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada Mu Dengan Ihsan Mu, Wahai Tuhan Yang Memperkenankan Permohonan.

Ya Allahu Ya Rahim,

Tanamkanlah Dalam Diri Kami Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diri Kami Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dari Kami Kemurkaan Dan Api Neraka Dengan Keampunan Mu, Ya Rabb..Ya Rahman..Ya Wadud..Ya Ghaffar.

Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim..

Ameen.

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan.....

Ingat zaman kanak2, kalau tak posa kena makan jauh2 dgn yg berpuasa ketika berbuka puasa..kesian betul...zaman skrg mcmana pulak ekk?

Apalah guna mencari keramaian jikalau hidup sunyi kebahagiaan.

Kadang2 kita hanya menghargai sesuatu nikmat hanya selepas nikmat itu hilang dari kita.

09 Julai, 2013

dengannya RAMADHAN .... matlamatnya

Matlamat puasa Ramadan.

Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." 
(Al Baqarah: 183)

dengannya RAMADHAN .... niat

Niat Puasa Ramadan - Jom Ulangkaji

Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sebulan itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada SETIAP MALAM. Ada pun niat puasa sebulan itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu 'alam.

06 Julai, 2013

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian........

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik....bulan Ramadhan,bulan yg mulia,bulan rahmat dan bulan berkat,didalamnya ada lailatul qadar,bulan keampunan doa diterima..semoga dapat kita sampai ke bulan Ramadhan dan dapat melaksanakan segala ibadah dengan sempurna..Amin.

APA KATA USTAZ .... Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Salam alaik...bulan Ramadhan nanti kita buat solat malam banyak2.. solat waktu malam yg gelap utk buat persiapan dialam kubur yg sangat gelap..Subhanallah..kita sedekah dlm bulan Ramadhan nanti moga2 Allah mudahkan urusan di Padang Mahsyar..kita azam ye..azam2.

APA KATA USTAZ ....Siapa lagi kalau bukan Ustaz KAZIM

Posa pun belum, tengok anak bulan ramadhan pun belum tapi dok cerita dah pasal raya..sana raya sini raya,karaoke raya la, sendaloka raya la,sepatutnya kita galakkan puasa, ajak menghayati n mendidik jiwa dibulan Ramadhan..jom kita mulakan dgn diri kita n keluarga kita utk hidupkan Ramadhan kali ini.

SECANGKIR PESANAN .... untuk difikirkan

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya dunia yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya (tidak berzikir) maka Allah akan menurunkan 4 penyakit (pada dirinya): 

1. kebingungan yang tiada putus-putusnya,
2. kesibukan yang tidak pernah ada hujungnya,
3. kemahuan yang tidak pernah terpenuhi,
4. khayalan yang tidak berhujung."

(HR. Imam Thabrani)

27 Jun, 2013

PECAH MINDA .... banyak kelebihannya

10 Kelebihan Orang Bersolat

1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yang cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yang baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

PECAH MINDA .... ibarat kuda liar

PECAH MINDA .... usahlah sedih

"In sha Allah, bila kita hayati betul2. Memang ada hikmah dalam setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita.."

PECAH MINDA .... Jangan kasar-kasar..

PECAH MINDA .... di sebalik air mata ibu

Dari sahabat Anas bin Malik r.a, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mau bertaubat.” 
(H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

Tidaklah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengatakan sebaik-baik manusia adalah yang tidak pernah bersalah, karena memang tidak ada seorang manusia pun yang ma’shum (terjaga dari kesalahan) kecuali para Nabi. Tetapi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahwa orang-orang yang bertaubat dan mengakui kesalahan, serta kembali kepada kebenaranlah yang terbaik di antara mereka.

Oleh karena itu, bila kita terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan kesalahan, maka segeralah bertaubat kepada Rabbul ‘alamin. Allah berfirman (artinya): “Bersegeralah menuju kepada ampunan dari Rabb kalian dan kepada al jannah (surga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” 
(Ali Imran: 133)

PECAH MINDA .... Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.