31 Disember, 2012

YANG MANA SATU .... adil @ sama rata

Asas UTAMA Islam diturunkan ke muka bumi ini salah satunya adalah
"tahkik al 'dlu mutlaqan" 
(memastikan keadilan secara mutlak)

30 Disember, 2012

UNGKAPAN ILMU .... pilihan di tangan kita

               Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
               Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

SYUKURI NIKMAT .... sihat dan masa lapang

            Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
            Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
            Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.
             Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

JOM KE MASJID .... panggilan Allah

Begitu indah "panggilan Allah" sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita. Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana. Namun kelazimannya manusia sentiasa tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid. Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah. Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah selain mendirikannya di rumah secara sendirian ataupun bersama keluarga!

29 Disember, 2012

LA TAHZAN .... berserah pada Yang Maha Kuasa

LA TAHZAN
Allah bersama kita.

Tika apa jua ujian datang kepadamu,
ucaplah ALHAMDULILLAH.
Kerana ujian adalah tarbiah kehidupan.
Hidup kita di dunia ini adalah satu ujian...apa yang kita buat dan lakukan akan mencerminkan siapakah kita dari pengamatan ALLAH... setiap apa jalan yang kita pilih samada gelap atau terang adalah kehendak diri kita sendiri. 
ALLAH pula mentakdirkan.. sekalipun kita usaha baik, namun tidak dapat apa yang kita usahakan, itulah pengertian ujian.. kalau kita usaha jahat, tetapi tidak dapat apa yang kita usahakan itu, itulah pengertian peluang yang di beri ALLAH untuk sedarkan diri tentang kesilapan... andai ALLAH takdirkan kita dapat apa yang kita usahakan sekiranya baik, maka syukurlah, jika usaha jahat maka sesatlah mengikut peraturan tetap yang ALLAH telah sabdakan dalam al-quran... maka janganlah anggap setiap apa yang menimpa diri kita yang buruk2 atau yang baik2 adalah ALLAH yang telah mengawal.. ibarat kita ni boneka ??.. ingat... semua atas kehendak kita sendiri... dan sedikit campurtangan ALLAH.. cuma kita perlu faham.. bagaimana ? bila ? apakah bentuknya ?.. mengapa ?...

HUSNUZON .... positif dalam diri

Pergi surau mana-mana,singgah nak solat...Tengok-tengok telekung tiada...Kalau ada pun dua atau tiga pasang je...
Lepas tue terus cakap,

“Apa la surau nie, telekung pun takde ke? Macam mana orang datang nak solat?”

Haa...dalam surau pun boleh cakap maca tue kan?? Apa lah salahnya tanamkan husnuzon tue dalam diri...

“Owh...Ada orang yang basuh telekung yang ada kat surau nie,patut tinggal sikit je”

*P/s :The moral is, pakai lah pakaian harian yang boleh dibawa solat...Kalau pakai yang kita pakai tue boleh dipakai untuk solat,bermakna kita dah menutup aurat dengan sempurna!!


Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Memetik kata-kata Saidina Umar bin Al‐Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu
masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

*Kesimpulannya,tanamkan sifat baik sangka,jangan cepat sangat nak buruk sangka dengan orang

25 Disember, 2012

INDAHNYA PESANAN .... taat perintah Allah

            Ketaatan adalah terhad kepada perkara kebaikan sahaja.
            Tidak wajib patuh kepada kepimpinan (suami, ketua, dll ) sekiranya disuruh melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama tetapi sekiranya suruhan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka ia wajib dituruti (taati).
            Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur daripada sejauhmanakah seseorang itu dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

PESANAN .... sanggupkah diuji

            Allah menurunkan ujian terhadap orang beriman, oleh itu mereka hendaklah bersabar menghadapinya.
            Segala ujian yang ditimpakan Allah kepada orang Mukmin bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.
           Allah menghendaki hambanya yang Mukmin menemui-Nya dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.

23 Disember, 2012

TIDUR SEKETIKA DAN KEAJAIBAN AL QURAN


Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.


1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.

Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur’anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.

SEDIKIT PESANAN .... sebanyak mana taubat kita

SEDIKIT PESANAN .... nikmat yang diperolehi

Fahami betul-betul Firman Allah ini. 
Nikmat yang tidak kita sedari. Maka dengan itu nikmat Allah mana lagi yang hendak kita dustakan...

SANTAPAN PAGI .... duduk dalam majlis


SANTAPAN PAGI .... masuk rumah

Sunnah apabila memasuki rumah.

1. Imam an Nawawi mengatakan di sunnahkan untuk mengucapkan “Bismillah” dan memperbanyak mengingat Allah Swt. (dzikrullah) dan mengucapkan salam.

2. Mengingat (menyebut) Allah Swt. Ketika masuk sesuai dengan sabda Rasulullah saw. Yang berbunyi:

“ Jika salah seorang diantara kalian masuk ke rumahnya lalu ia menyebut nama Allah Swt. Ketika masuk dan ketika makan maka Syaithan akan mengatakan saya tidak akan bermalam dengan kalian juga tidak akan makan malam dengan kalian…”. 
(HR. Muslim).

3. Berdo’a ketika masuk rumah, sesuai dengan sabda Rasulullah saw. Yang berbunyi:

“ Allahumma inni as aluka khairil mulij wa khairil makhraj, bismillah wa lajnaa wa bismillah kharajnaa, wa ‘ala llahi rabbana tawakkalna”.

Artinya: “Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu (kebaikan) memasuki (rumah ini) dan (kebaikan) ketika keluar (dari rumah ini), dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar, dan kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakkal”.

Kemudian mengucapkan salam kepada keluarganya” maka dia akan merasakan tawakkal kepada Allah Swt. Ketika masuk dan keluar dari rumah, maka senantiasa ia berhubungan dengan Allah swt.

4. Bersiwak, “Adalah Rasulullah saw. Ketika memasuki rumahnya maka beliau mulai dengan bersiwak”. (HR. Muslim).

5. Mengucapkan salam, sesuai dengan Firman Allah Swt. Yang berbunyi:

"Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang di tetapkan dari sisi Allah, yang di beri berkat lagi baik”. 
(QS. An Nuur: 61)

SANTAPAN PAGI ..... bangun tidur


SUNNAH KETIKA BANGUN DARI TIDUR

1. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan. (Muslim)

2. Membaca doa bangun dari tidur. 
(Bukhari)

3. Bersugi. 
(Bukhari & Muslim)

4. Memasukkan air ke dalam hidung. 
(Bukhari & Muslim)

22 Disember, 2012

SECARIK PESANAN .... biografi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Biodata Ringkas Tokoh Agung Dunia dan Akhirat, Muhammad Rasulillah Sallallahu alaihi waalihi wasahbihi wasallam
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. - Hamba perempuan bapa Rasulullah SAWAS)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab LA)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah.)

SECARIK PESANAN .... lelaki

Kepada yang lelaki, 
cuba lihat ada tak sikap ni dalam diri anda.

SECARIK PESANAN .... rupa lidah kita

SECARIK PESANAN .... tidur sebelum gelincir matahari

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah
hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,

"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

SECARIK PESANAN .... redha dan sabar

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

SECARIK PESANAN .... bila mencari kerja

Ketika menghadiri temuduga, pastikan jawapan kita seimbang dari sudut keyakinan diri dan kerendahan hati. Cari faktor x dalam diri (kualiti istimewa), banyakkan solat dhuha dan bacalah doa melancarkan komunikasi iaitu: 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” 
(Surah Toha 25-28)

SECARIK PESANAN .... pesanan buat isteri

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

21 Disember, 2012

MENJELANG SENJA .... erti kesedihan

Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa. Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta. Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain. Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.

MENJELANG SENJA .... Jadikan pegangan hidup

                  Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
                  Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
                  Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

MENJELANG SENJA .... bersyukur


                   Kehidupan Mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.
                   Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang Mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.
                   Setiap orang hendaklah mensyukuri pemberian Allah sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

20 Disember, 2012

ILHAM MURNI .... istighfar


1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

ILHAM MURNI .... masjid aku datang


ILHAM MURNI .... hati-hati dengan kata-kata

JOM kita renung-renungkan...
Jaga bicara kita di alam maya...
Jangan sampai terfitnah dan menzalimi saudara kita yang lain.. Baca, dan amalkan.

*peringatan untuk diri admin sendiri juga....

Kredit: Majalah Solusi isu 50

ILHAM MURNI .... bagaimana bentuk perlindungan diri kita

Doa Untuk Menghindari Gangguan Syaitan

أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ

Maksudnya : 
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam, daripada celaan, hembusan dan bisikannya."

(Riwayat Abu Daud)

ILHAM MURNI .... Misi pencarian diri sendiri

ILHAM MURNI .... bagaimana solat kita semua

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
"Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar."
(Riwayat Muslim)

i) Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riya' dan takabur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.

ii) Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwudhuk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.

iii) Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.

iv) Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana 
sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

ILHAM MURNI .... keberkatan rezeki yang diperoleh


ILHAM MURNI .... ke manakah ilmu kita


ILHAM MURNI .... bagaimana dengan ilmu kita


ILHAM MURNI .... bagaimana sebelum tidur


ILHAM MURNI .... bagaimana ketika kita sakit

"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaa-Nya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti."

16 Disember, 2012

BERPESAN ITU BAIK .... Janji Allah Itu Pasti.

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,

lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

14 Disember, 2012

SEDINGIN PAGI .... jadilah yang terbaik


7 Cara meringankan musibah

1- Menunggu pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT (redha).

2- Menziarahi orang ditimpa musibah.

3- Yakin bahawa musibah yang menimpa anda adalah lebih ringan daripada musibah yang Allah SWT timpakan ke atas orang lain.

4- Yakin bahawa musibah yang anda deritai hanya sementara di dunia sahaja sedangkan ganjaran besar telah Allah SWT sediakan di Akhirat nanti untuk anda.

5- Kesabaran bersama penderitaan yang Allah SWT uji pasti mendapat pahala yang lebih besar berbanding dengan kesabaran bersama kenikmatan.

6- Jangan sesekali melakukan tipu muslihat.

7- Sedarlah bahawa pilihan Allah SWT untuk diri anda adalah terbaik.

Kitab La Tahzan, m/s: 466.

SEDINGIN PAGI .... doa

Doa agar banyak berzikir, bersyukur dan taat

اَللّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.
2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.
3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)
4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

DINGINNYA PAGI .... ujian yang sebenar

Ujian itu datang tidak menentu...
MASA
KETIKA
SITUASI
Hadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan

13 Disember, 2012

ANDAIAN MALAM ....persinggahan sementara

Sesungguhnya kubur itu, 
adalah singgahan pertama ke akhirat, 
sekiranya yang singgah itu terselamat, 
maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. 
Dan jika tidak selamat, 
maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.

AKHIRI SIANG .... doa elak keburukan

Semoga kita dapat mengamalkan doa ini dan mendapat perlindungan Allah SWT daripada empat perkara yang boleh membinasakan diri kita.

PELUKAN .... antara emosi dan perasaan

Jika kita tidak sayang diri kita bagaimana nak ajar anak utk sayang diri mereka dan bagaiamana anak anak yg tidak sayang diri belajar menyayangi orang lain. Cuba lihat keluarga kita dan lihat tahap kasih sayang dalam keluarga. Keluarga yg penuh kemarahan melahirkan anak yg ganas dan rendah diri.

12 Disember, 2012

UNGKAPAN SENJA .... balasan hari kemudian

"Neraka tidak peduli apa pangkat kamu. 
Daftar masuk adalah percuma. 
Syurga peduli akan amalan kamu, 
Daftar masuk adalah dengan tiket pahala."

UNGKAPAN SENJA .... igauan wajah

di sebalik wajah yang kacak/cantik,
tersimpan tengkorak yang menakutkan.
oleh itu,
janganlah sombong di dunia ini.
buat baik selagi boleh.
nanti wajah dah tukar jadi tengkorak nak menyesal pun tak berguna.

USIK-USIK PAGI .... 10 golongan yang dilaknat kerana arak

1. Orang yg memerahnya (arak) iaitu pembuatnya.
2. Orang yg meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.
3. Orang yg meminum arak.
4. Orang yang membawa arak.
5. Orang yg diminta dihartarkan arak.
6. Orang yg dimintak dituangkan arak.
7. Orang yg menjual arak.
8. Orang yg membeli arak.
9. Orang yg makan hasil jualan arak.
10. Orang yg minta dibelikan arak.

USIK-USIK PAGI .... 10 wanita yang dirindukan syurga.

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. 
(Shahih Muslim No.4921)

Oleh itu marilah wahai kaum wanita merebut peluang yang sedikit itu:

1) Wanita yang taat menjalankan agama.
2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.
3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.
4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan  
    menjaga kehormatannya.
5. Wanita yang sabar menerima penyakit.
6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.
7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.
8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.
9. Wanita yang menyayangi binatang.
10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.

11 Disember, 2012

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 7

Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 6

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 5

Aku yang menyempitkanmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 4

Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH